PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN KG KETAPANG HILIR
Aktiviti terkini |19 Mac 2023Tempat Aktiviti:
Tanah Perkuburan Islam Kg Ketapang Hilir, Pekan
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran mengenai kebersihan kawasan setempat selain daripada kediaman sendiri.
• Selain itu,ia juga dapat menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik dan menyebarkan kempen kesedaran tentang demam denggi.
• Penduduk digalakkan melibatkan diri bersama bagi menjayakan program ini sebagai langkah awal untuk mengelakkann penularan wabak demam denggi.
Tujuan :
• Matlamat program adalah untuk meningkatkan dan mengamalkan amalan gotong royong dalam kalangan masyarakat setempat.
• Untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih di kawasan sekitar.
• Memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan komuniti setempat.
• Merapatkan hubungan dalam komuniti setempat.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program gotong-royong membersihkan kawasan setempat.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat merapatkan hubungan dalam komuniti setempat.
• Dapat memupuk budaya bekerjasama, tolong-menolong dan memupuk semangat hidup bermasyarakat dalam kalangan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :