Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.

Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS BASIC ICT: MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2024

Pelajar mendapat pendedahan berkaitan kegunaaan komputer dalam aktiviti pembelajaran....baca selanjutnya

PROGRAM TRASH TO CASH BERSAMA SWCORP PEKAN

Aktiviti Terkini | 23 Febuari 2024

Program ini di adakan sebagai inisiatif untuk membersihkan kawasan awam daripada sampah dan juga untuk memupuk sikap dalam kalangan komuniti setempat untuk mengamalkan sikap bergotong-royong bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan nyaman....baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) DI PEDI KETAPANG HILIR BERSAMA DOSM PAHANG

Aktiviti Terkini | 2 Febuari 2024

Kaunter fizikal PADU dibuka di PEDi Ketapang bagi memudahkan komuniti setempat untuk mengemaskini profil serta maklumat mereka dengan lebih berkesan dan cepat dengan menggunaka kemudahan yang disedakan oleh PEDI serta dibantu oleh para petugas dari DOSM Pahang serta para petugas PEDI sendiri....baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) DI PEDI KETAPANG HILIR BERSAMA DOSM PAHANG

Aktiviti Terkini | 10-11 Januari 2024

Kaunter fizikal PADU dibuka di PEDi Ketapang bagi memudahkan komuniti setempat untuk mengemaskini profil serta maklumat mereka dengan lebih berkesan dan cepat dengan menggunaka kemudahan yang disedakan oleh PEDI serta dibantu oleh para petugas dari DOSM Pahang serta para petugas PEDI sendiri....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti