Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.

Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM GOTONG- ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KAMPUNG

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2020

Program ini adalah anjuran MPKK Kg Parit Engku Dato’ dan penduduk....baca selanjutnya

Majlis Jalinan Ukhuwah PKK KEMAS Ketapang Hilir

Aktiviti Terkini | 30 November 2020

Program ini adalah anjuran bersama KEMAS Kg Ketapang Hilir dan KEMAS Pekan....baca selanjutnya

KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRIKAL (E-WASTE)

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2020

Program ini adalah anjuran bersama JKK Kg Parit Engku Dato....baca selanjutnya

PROGRAM PENUBUHAN BOMBA KOMUNITI & MENGACAU BUBUR ASYURA

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Dapat memupuk satu amalan komuniti untuk bersatu dan berkerjasama....baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (SENI TANGAN KREATIF)

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2020

Dapat memberi kesan segera kepada pelatih memulakan perniagaan ...baca selanjutnya

PROGRAM TRASH TO CASH

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2020

Memupuk sikap dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkan sikap mengitar semula barangan yang tidak digunakan....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM JENGGO SILATURAHIM

Aktiviti Terkini |29 Februari 2020

Menjalinkan hubungan yang baik antara peserta dan peganjur....baca selanjutnya

PROGRAM KUTIPAN SEWA PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH NEGERI PAHANG (PAKR)

Aktiviti Terkini | 05 Januari 2020

Program ini adalah kerjasama bersama SUK untuk kutipan sewa perumahan awam kos rendah.Selain itu,dapat memudahkan penyewa membayar sewa tanpa perlu ke kaunter....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti