Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.
Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM KITAR SEMULA
Aktiviti Terkini | 12 Disember 2022Program ini di adakan sebagai inisiatif untuk membersihkan kawasan awam daripada sampah dan juga untuk memupuk sikap dalam kalangan komuniti setempat untuk mengamalkan sikap bergotong-royong bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan nyaman....baca selanjutnya
PROGRAM PLOGGING MINGGUAN ANJURAN SWCORP PEKAN
Aktiviti Terkini | 4 November 2022Program ini di adakan sebagai inisiatif untuk membersihkan kawasan awam daripada sampah dan juga untuk memupuk sikap dalam kalangan komuniti setempat untuk mengamalkan sikap bergotong-royong bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan nyaman....baca selanjutnya
PROGRAM TRASH TO CASH & GOTONG ROYONG TAMAN
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022Program ini di adakan sebagai inisiatif untuk membersihkan kawasan awam daripada sampah dan juga untuk memupuk sikap dalam kalangan komuniti setempat untuk mengamalkan sikap bergotong-royong bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan nyaman....baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 16 September 2022Program ini telah diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Pekan. Pada program ini seramai 27 peserta dari pelbagai sekolah di daerah pekan menyertai acara penyampaian sajak mengikut kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.Program ini adalah untuk menyemai semangat patriotisma dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar untuk lebih bertanggungjawab untuk menyegarkan dan melestarikan perasaan kasih dan sayang terhadap tanah air,Malaysia....baca selanjutnya
PROGRAM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2022Program ini telah diadakan sempena untuk menyambut bulan kemerdekaan negara. Program ini di adakan di peringkat tadika untuk menyemai semangat patriotisma dalam kalangan kanak-kanak untuk lebih menghargai erti sebuah perjuangan perwira negara semasa merdeka....baca selanjutnya
PROGRAM KORBAN DI MASJID AN-NUR KETAPANG HILIR
Aktiviti Terkini | 10 Julai 2022Program ibadah korban anjuran Masjid An-Nur ketapang Hilir telah diadakan bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidiladha 2022 di daerah Pekan. Lembu yang dikorbankan telah diagihkan kepada orang kampung, orang miskin dan golongan yang kurang bernasin baik di sekitar Kg Ketapang Hilir,Pekan....baca selanjutnya
PROGRAM PLOGGING MINGGUAN SWCORP PEKAN
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2022Program ini di adakan sebagai inisiatif untuk membersihkan kawasan awam daripada sampah dan juga untuk memupuk sikap dalam kalangan komuniti setempat untuk mengamalkan sikap bergotong-royong bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan nyaman...baca selanjutnya
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KG KETAPANG HILIR
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2022Program ini di adakan sebagai aktiviti sambutan hari raya Aidilfitri untuk melibatkan penduduk kampung secara bersama dalam menjalankan aktiviti dan memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: PENERANGAN MENGENAI PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 21 April 2022Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Ketapang di mana pihak PEDi Ketapang bersiaran secara langsung dengan topik “Penerangan Mengenai Perantisiswa Keluarga Malaysia” yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan cara memohon pakej Perantisiwa Keluarga Malaysia, syarat kelayakan memohon, jenis peranti yang akan dibekalkan dan juga terma dan syarat permohonan pakej ini....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2022Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Ketapang di mana pihak PEDi Ketapang bersiaran secara langsung dengan topic “ Peralihan ke Fasa Endemik” yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan langkah-langkah yang perlu diamalkan dalam tempoh peralihan ke fasa endemik di Malaysia....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: MENGENAI PROGRAM VAKSINASI COVID-19 UNTUK KANAK-KANAK (PICKIDS)
Aktiviti Terkini | 23 Febuari 2022Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Ketapang di mana pihak PEDi Ketapang bersiaran secara langsung dengan topic “ Mengenai Program Vaksinasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKIDS)” yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kepentingan pengambilan vaksin kepada kanak-kanak yang berusia dari 5 tahun hingga 11 tahun....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Ketapang di mana pihak PEDi Ketapang bersiaran secara langsung untuk berkongsi maklumat dan kepentingan pengambilan Booster Dose atau Dos Penggalak selepas suntikan kedua vaksin Covid-19 kepada masyarakat....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya