Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.
Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024GOTONG-ROYONG SURAU & TANAH PERKUBURAN
Aktiviti Terkini | 08 Disember 2019Program ini adalah untuk memberi kesedaran kebersihan kawasan setempat selain daripada kediaman sendiri. Selain itu,dapat menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik dan kempen kesedaran tentang demam denggi.Penduduk digalakkan melibatkan diri bersama bagi menjayakan program ini.Ia sebagai langkah awal daripada wabak demam denggi....baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG-ROYONG & MEMBERSIHKAN LOKALITI WABAK
Aktiviti Terkini | 17 November 2019Program ini di adakan untuk mengajar cara menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik dan kempen kesedaran tentang demam denggi.Penduduk digalakkan melibatkan diri bersama Jabatan Kesihatan Daerah Pekan bagi menjayakan program ini.Ini kerana, kawasan tersebut ramai yang telah dijangkiti wabak demam denggi. Ia sebagai langkah awal daripada wabak demam denggi akan lebih serius....baca selanjutnya
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM DAN SISIR
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019Program ini diadakan untuk mengajar teknik penanaman cendawan yang betul.Penduduk digalakkan menceburkan diri dengan projek ini atas faktor permintaan yang amat tinggi di pasaran tempatan.Di samping itu,projek pertanian ini tidak memerlukan tanah yang luas,penjagaan yang mudah dan hasilnyang memuaskan....baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA
Aktiviti Terkini | 28 September 2019Program ini diadakan untuk bergotong-royong dan menjalankan aktiviti bersama penduduk. PI juga dapat memberi penerangan tentang program Myfreeview dan advokasi...baca selanjutnya
PROGRAM KESEDARAN ASO PUSAT INTERNET KLUSTER PEKAN
Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019Program ini diadakan untuk menerangkan tentang myfreeview kepada penduduk Kuala Pahang. Secara tidak langsung dapat melibatkan penduduk secara bersama tentang Myfreeview....baca selanjutnya
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Aktiviti Terkini | 07 Julai 2019Program ini diadakan untuk melibatkan penduduk secara bersama dalam menjalankan aktiviti dan memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini...baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KLUSTER PEKAN
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019Program ini di adakan untuk melibatkan penduduk secara bersama dalam menjalankan aktiviti dan memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini...baca selanjutnya
PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN BUBUK LAMBUK BERSAMA MPKK KG ULU PARIT
Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019Program ini diadakan untuk melibatkan penduduk secara bersama dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan mengimarahkan bulan puasa...baca selanjutnya
PROGRAM PLOGGING
Aktiviti Terkini | 22 April 2019Program ini diadakan untuk melibatkan penduduk secara bersama dalam menjalankan aktiviti sihat dan menjaga kebersihan....baca selanjutnya
PERTANDINGAN TAKRAW TERTUTUP TAMAN PERMATA
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2019Program ini di adakan untuk melibatkan belia dan pusat internet secara bersama dalam menjalankan aktiviti sihat dan merapatkan hubungan belia dengan pusat internet....baca selanjutnya
Program Ceramah dan Kempen Kebersihan Kg Permatang Pauh
Aktiviti Terkini | 17 Febuari 2019Program ini di adakan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat mengenai aspek kebersihan diri, keluarga dan setempat....baca selanjutnya
Jom Sihat Kluster Pekan Di PI Tanjung Batu
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019Memperkenalkan PI kepada penduduk kampung disamping menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kampung dan mempromosi aktiviti PI kepada komuniti setempat...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya