Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.
Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024SIARAN LANGSUNG: TIPS MENGHADAPI MUSIM BANJIR
Aktiviti Terkini | 29 Disember 2021Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PEDi Ketapang di mana pihak PEDi Ketapang bersiaran secara langsung untuk berkongsi maklumat dan juga tips keselamatan dalam menghadapi musim tengkujuh kepada masyarakat....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA DAN PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA.
Aktiviti Terkini | 26 November 2021Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PIK Ketapang di mana pihak PIK Ketapang bersiaran secara langsung untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia yang merupakan satu inisiatif daripada kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk memberikan membantu pelajar memperoleh akses Internet 4G pada harga yang lebih murah....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: MYSALAM : SKIM PERLINDUNGAN MASYARAKAT
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2021Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PIK Ketapang di mana pihak PIK Ketapang bersiaran secara langsung untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai MySalam yang merupakan satu inisiatif daripada kerajaan untuk memberikan skim takaful percuma untuk individu yang kurang berkemampuan....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: PERSEDIAAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN BAGI REMAJA DAN PENJAGA
Aktiviti Terkini | 29 September 2021Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PIK Ketapang di mana pihak PIK Ketapang bersiaran secara langsung untuk berkongsi maklumat mengenai cara pendaftaran dan kepentingan bagi program vaksinasi untuk remaja yang berumur bawah 18 tahun kepada masyarakat....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: LOVE SCAM
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2021Perkongsian ini disiarkan melalui “Facebook Page” PIK ketapang di mana pihak PIK bersiaran secara langsung untuk berkongsi maklumat mengenai isu jenayah penipuan cinta atau “Love Scam” yang semakin berleluasa terjadi dalam kalangan masyarakat....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK: KESEDARAN MENGENAI KESIHATAN MENTAL
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2021Perkongsian kali ini dengan tujuan memberi kesedaran mengenai kesihatan mental dalam kalangan masyarakat sepanjang pandemic....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK: KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK: PENYEBARAN BERITA PALSU
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2021Perkongsian kali ini dengan tujuan memberi kesedaran mengenai keburukan penyebaran berita palsu dalam kalangan komuniti....baca selanjutnya
INTERAKTIF PUZZLE GAME
Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021Aktiviti ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar....baca selanjutnya
GOTONG ROYONG MENYAMBUT RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 11 April 2021Aktiviti gotong royong ini memfokuskan di sekitar kawasan surau Taman Permata dengan kerjasama penduduk kampong....baca selanjutnya
GOTONG ROYONG SAMBUTAN AIR SEDUNIA 2021
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021Aktiviti gotong royong ini memfokuskan di sekitar kawasan sungai Kg Parit dengan kerjasama penduduk kampong....baca selanjutnya
PROGRAM PENGAGIHAN BANTUAN PASCA BANJIR KG KETAPANG HILIR
Aktiviti Terkini | 2 Febuari 2021Aktiviti pengagihan bantuan pasca banjir ini memfokuskan kepada mereka yang telah terjejas akibat rumah dilanda banjir di sekitar Kg Ketapang Hilir...baca selanjutnya
GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DAERAH PEKAN
Aktiviti Terkini | 19 Januari 2021Aktiviti pembersihan memberi fokus kepada kawasan-kawasan terjejas banjir termasuk PPS, Sekolah-sekolah, Dewan, Balairaya dan lain-lain....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya