Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.

Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN BERSAMA KRT TAMAN PERMATA

Aktiviti Terkini | 02 Disember 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang keperluan untuk mengimarahkan bacaan Al-Quran...baca selanjutnya

PROGRAM FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA BERSAMA JKKKG ULU PARIT

Aktiviti Terkini | 19 November 2017

Program ini dapat bersama dengan penduduk bagi menjalankan aktiviti bersama dan memperkenalkan lagi PI1M dan memberi pendidikan kepada orang ramai tentang keperluan untuk bersukan...baca selanjutnya

Program Hari Sukan Negara Bersama JKKK Kg Ketapang Tengah

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Klik Dengan Bijak serta Ewaste iaitu kempen yang dibawa oleh PI1M selain dapat bersama dengan penduduk bagi menjalankan aktiviti bersama dan memperkenalkan lagi PI1M ...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 10 September 2017

Program Klik Dengan Bijak serta Ewaste iaitu kempen yang dibawa oleh PI1M dalam memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri Meraikan penduduk dan pengguna sekitar PI1M...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2017

Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk meraikan penduduk dan pengguna sekitar PI1M dan memberi pendedahan tentang kegiatan PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM JAMUAN RAYA DAN DASHBOARD BERSAMA PI1M KLUSTER PEKAN

Aktiviti Terkini | 05 Julai 2017

Program ini dapat meraikan sambutan hari raya bersama PI1M dan memberi pendedahan tentang kegiatan Kluster Pekan ...baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN KERJA PENGERUSI SKMM KE PI1M DAERAH PEKAN

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Menerima kunjungan Dato Seri Pengerusi SKMM ke PI1M sekitar Pekan dan setiap PI1M yang dilawati memberi pendedahan tentang kegiatan Kluster Pekan dan usahawan yang berjaya daripada program Kluster...baca selanjutnya

Taklimat KDB & CyberSafe di Hari Terbuka PI1M Permatang Pauh

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2017

Memberikan satu pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan siber melalui program Digi CyberSafe kepada pelajar dan pelawat yang menyertai program terbabit....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

BENGKEL ONLINE BANKING ANJURAN BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Aktiviti Terkini | 15 April 2017

Bengkel ini mendedahkan secara meluas kegunaan dan kelebihan PI1M dan membantu dalam proses memperkenalkan PI1M serta meningkatkan taraf pengunaan pi1m bersama agensi luar untuk menjayakan program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia...baca selanjutnya

ONLINE COLOURING BERSAMA TADIKA KEMAS KG. KETAPANG HILIR

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2017

Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan penggunaan ICT kepada kanak-kanak tadika supaya tidak ketinggalan zaman...baca selanjutnya

KARNIVAL NEGARAKU : 1 KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 24 - 26 Februari 2017

Pihak PI1M diberi kesempatan untuk menyertai Karnival Negaraku yang dirasmikan oleh YBhg. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Karnival ini dijalankan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan. Banyak aktiviti dijalankan di booth PI1M antaranya ialah Pameran Kluster Pekan, Taklimat Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste dan aktiviti yang melibatkan ICT seperti Online Games, Word Search, Soduku Online...baca selanjutnya

KURSUS USAHAWAN REMAJA(Membuat dan menjual SLIME)

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu dalam proses memperkenalkan PI1M dan untuk... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti