Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.
Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI-MY KOMUNITI KLUSTER PEKAN
Aktiviti Terkini | 20 Disember 2016Program ini bertujuan untuk mendedahkan secara meluas kegunaan dan kelebihan PI1M, membantu dalam proses memperkenalkan PI1M, meningkatkan taraf pengunaan PI1M dan bekerjasama antara PI1M dalam daerah Pekan untuk mencapai KPI yang ditetapkan SKMM...baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
PENERANGAN PENGUNAAN SISTEM EROSES BERSAMA SEMUA KETUA KAMPUNG DAN SETIAUSAHA MUKIM PEKAN 1
Aktiviti Terkini | 28 November 2016Tujuan penerangan ini diadakan untuk memberi pendedahan secara meluas tentang kegunaan dan kelebihan PI1M dan meningkatkan taraf pengunaan PI...baca selanjutnya
Sambutan Hari Sukan Negara Daerah Pekan
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat serta pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. Selain itu, ia akan meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat...baca selanjutnya
PENGGAMBARAN VIDEO KLUSTER
Aktiviti Terkini | 24 September 2016Penggambaran ini dilakukan di Golden Heritage Leisure. Tujuan penggambaran ini adalah untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di Pekan, Pahang...baca selanjutnya
KARNIVAL SEMARAK MERDEKA
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2016Tujuan karnival ini diadakan adalah memupuk semangat patriotisme di kalangan penduduk kampung dan mengeratkan silaturrahim sesama penduduk kampung...baca selanjutnya
PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KETAPANG
Aktiviti Terkini | 07 Ogos 2016Majlis perasmian ini diadakan oleh YB Dato' Seri Sh Mohamaed Puzi Bin Sh Ali iaitu ADUN Peramu Jaya Pekan...baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016'..baca selanjutnya
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TENGKU ARIF TEMENGGONG PAHANG DI MASJID ANNUR
Aktiviti Terkini | 28 Jun 2016Majlis Berbuka Puasa ini diadakan di Masjid Annur Kampung Ketapang Hilir Pekan. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara kakitangan PI1m dengan AJK masjid dan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekeliling...baca selanjutnya
GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA 6 BUAH KAMPUNG
Aktiviti Terkini | 17 Mei 2016Pembersihan beramai-beramai yang melibatkan 6 buah kampung yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk-penduduk kampung yang terlibat...baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA AJK MASJID ANNUR BESERTA PENGENALAN MENGENAI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA TMN PERMATA KG KETAPANG HILIR.
Aktiviti Terkini | 22 April 2016Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan internet kepada komuniti di Taman Permata Kg. Ketapang..baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak dan Pembelajaran Microsoft Office Bersama Ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan
Aktiviti Terkini | 25 Mac 2016Program ini memberi peluang kepada remaja mempelajari dan mengetahui tentang program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh PI1M...baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak Bersama Ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2016Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan dengan pihak pengurusan PI1M Taman Permata, Kg. Ketapang...baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak Bersama Ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan
Aktiviti Terkini | 22 Jan 2016Program ini memberi pendedahan kepada ahli PI1M tentang penggunaan ICT dengan bijak dan dapat memberi info kepada mereka tentang tatacara melayari internet dengan berhemah...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkinioOrang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya