Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.
Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM BERKHATAN ANAK PAHANG PERINGKAT DAERAH PEKAN 2023
Aktiviti Terkini | 19 Disember 2023Seramai 258 kanak-kanak telah menyertai program Berkhatan Anak Pahang Daerah Pekan yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj,Pekan...baca selanjutnya
KARNIVAL KEKAL SIHAT COMBI & KOSPEN PERINGKAT DAERAH PEKAN 2023
Aktiviti Terkini | 9 November 2023Program ini dianjurkan di Dewan Konvensyen Sultan Haji...baca selanjutnya
MOTORSPOT & FOOD FESTIVAL
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2023Seramai hampir 555 orang peserta telah menyertai program ini. ...baca selanjutnya
TEMASYA SUKAN PERMATA BERSEMPENA BULAN MERDEKA
Aktiviti Terkini | 3 September 2023Program ini dianjurkan khusus buat penduduk di Taman Permata....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN TADIKA KEMAS
Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2023Aktiviti pada bulan ini adalah Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Bersama Tadika Kemas yang terdiri daripada pelajar tadika yang berumur daripada 5 tahun sehingga 6 tahun...baca selanjutnya
PROGRAM BUSSINESS TALK BERSAMA RAKAN DIGITAL PEDI PEKAN
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2023Program ini bertujuan untuk mengalakkan para pelajar dan juga komuniti setempat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai agenda pendigitalan dalam perniagaan....baca selanjutnya
GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA
Aktiviti Terkini | 31 Julai 2023Program ini bertujuan untuk mengalakkan komuniti setempat mengadakan aktiviti kemasyarakatan disamping dapat beramah mesra antara satu sama lain...baca selanjutnya
PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023Program ini bertujuan untuk orang awam mendapatkan pelbagai maklumat melalui gerai-gerai yang telah disediakan yang disertai oleh pelbagai agensi dari kerajaam dan swasta seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),Pejabat Kesihatan Daerah dan Polis Diraja Malaysia untuk warga Pekan....baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIILFITRI DUN PERAMU JAYA
Aktiviti Terkini | 21 Mei 2023Program ini bertujuan untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama komuniti Dun Peramu Jaya dan warga Pekan....baca selanjutnya
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK BELIA 4B
Aktiviti Terkini | 15 April 2023Program agihan ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan warga Pekan...baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN KG KETAPANG HILIR
Aktiviti Terkini | 19 Mac 2023Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran mengenai kebersihan kawasan setempat selain daripada kediaman sendiri...baca selanjutnya
PROGRAM PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI
Aktiviti Terkini | 16 Febuari 2023Program ini di adakan sebagai menyahut saranan kerajaan, bersama meningkatkan amalan kitar semula dan mengurangkan pakaian terpakai dibuang ke tapak pelupusan sampah....baca selanjutnya
PROGRAM KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA
Aktiviti Terkini | 17 Januari 2023Program ini di adakan sebagai inisiatif untuk membersihkan kawasan awam daripada sampah dan juga untuk memupuk sikap dalam kalangan komuniti setempat untuk mengamalkan sikap bergotong-royong bagi mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan nyaman....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya