Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.

Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG KETAPANG HILIR

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2018

Aktiviti ini dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kampung...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KUBUR

Aktiviti Terkini | 29 November 2018

Aktiviti gotong-royong dijalankan bersama penduduk kampung dan anggota Angkatan Pertahanan Awam di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketapang Hilir...baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PROGRAM ASYURA KG KETAPANG HILIR

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membentuk sikap kerja berpasukan dalam komuniti dan merapatkan hubungan antara pusat internet dengan komuniti setempat...baca selanjutnya

Program Komuniti & Roadshow VIVO Y53 + Free Simpack Digi

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Program bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berlangsung selama setengah hari. Beberapa aktiviti-aktiviti sukaneka turut diselitkan bagi menarik pengunjung ke program ini. Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga disediakan kepada pengunjung yang membeli telefon pintar tersebut...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM CELIK SAHAM BERSAMA REMISIER NOR AKMA

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Program ini merupakan taklimat berkenaan saham dan cara membuka akaun oleh Remisier Nor Akma...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA KG PADANG POLO

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Program Jamuan Makan dan pemberian sumbangan bertujuan untuk mengeratkan hubungan PI dan penduduk sekitar...baca selanjutnya

PROGRAM DERMA DARAH BERSAMA JKKKG KETAPANG HILIR

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2018

Program ini dapat berkerjasama dengan penduduk dan pengguna sekitar PI1M untuk memberi tanggungjawab sosial dan membantu tabung darah Hospital Pekan untuk mengumpul darah bagi kegunaan mereka...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KETAPANG HILIR

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Ketapang Hilir diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan.....baca selanjutnya

HARI SUKANEKA BERSAMA KRT TAMAN PERMATA

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Aktiviti ini dilakukan bersama dengan pengunjung serta penduduk sekitar bagi merapatkan lagi hubungan PI1M dengan penduduk serta memupuk penduduk agar menjaga keselamatan menggunakan intenet ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI EDU FEST @ RTC

Aktiviti Terkini | 24 & 25 Februari 2018

Program ini diadakan untuk bersama dengan pengunjung serta penduduk sekitar bagi merapatkan lagi hubungan kluster Pekan dengan penduduk serta memupuk penduduk agar menjaga keselamatan berintenet....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG–ROYONG PI1M KETAPANG

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Program gotong-royong ini bersama dengan JKKK serta penduduk sekitar bagi merapatkan lagi hubungan staff dengan penduduk serta memupuk penduduk agar sama-sama dalam menjaga Pi1M....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti