PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) DI PEDI KETAPANG HILIR BERSAMA DOSM PAHANG

Aktiviti terkini |2 Febuari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDI Ketapang Hilir, Pekan

Ringkasan Aktiviti :
• Kaunter fizikal PADU dibuka di PEDi Ketapang bagi memudahkan komuniti setempat untuk mengemaskini profil serta maklumat mereka dengan lebih berkesan dan cepat dengan menggunaka kemudahan yang disedakan oleh PEDI serta dibantu oleh para petugas dari DOSM Pahang serta para petugas PEDI sendiri.

Tujuan :
• Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
• Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
• Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
• Menggalakkan komuniti setempat membuat pendaftaran bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan bersasar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Antara pengisian aktiviti yang dijalankan:
• Taklimat mengenai PADU
• Taklimat S.A.F.E Internet
• Pendaftaran PADU secara online oleh komuniti.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberikan pendedahan dan menyampaikan maklumat secara dengan lebih terperinci kepada komuniti setempat mengenai PADU dan kepentingannya.
• Dapat memudahkan kominiti setempat untuk mengemakini maklumat mereka dengan lebih cepat dengan dibantu oleh pegawai yang betugas.

Nama VIP :
• Pegawai daripada Jabatan Perangkaan Negeri Pahang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :